NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Nahas Kemalangan 7 Maut: Puspakom Tidak Periksa Tayar yang Dikatakan Punca

Nahas Kemalangan 7 Maut: Puspakom Tidak Periksa Tayar yang Dikatakan Punca

Laporan siasatan berkaitan isu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tayar tertanggal sehingga mengorbankan tujuh nyawa di Melaka pada bulan lalu telah dimuktamadkan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menurut Ketua pegawai eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman, hasil pemeriksaan telah diserahkan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk tindakan seterusnya.

Menurut Malaysia Gazette, laporan yang diserahkan itu hanya melibatkan pemeriksaan kenderaan tersebut kerana tayar yang tertanggal tidak dapat diperiksa kerana Puspakom tidak jumpa dan menerima tayar terbabit.

“Laporan yang Puspakom hantar kepada MIROS itu mengikut siasatan kami, punca berlaku kejadian tayar tertanggal daripada gandarnya.

“Gandar itu ada masalah, kami musykil sebab usianya baru setahun. Kita berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa kemalangan yang melibatkan 5 buah kenderaan sebelum ini berpunca dari tayar lori yang tertanggal dari gandarnya. 7 nyawa termasuk 5 beranak telah dilaporkan maut.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy