NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

RM2 Juta Saman Tertunggak, JPJ Tawar Kompaun Khas RM150 Bagi 3 Kesalahan Selama 6 Bulan

RM2 Juta Saman Tertunggak, JPJ Tawar Kompaun Khas RM150 Bagi 3 Kesalahan Selama 6 Bulan

Kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan telah ditawarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai hari ini selama 6 bulan, umum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Bernama, tiga kesalahan terbabit adalah Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ (P)23(115).

“Ketiga-tiganya biasanya kadar kompaunnya ialah RM300. Jadi kita memberikan satu kadar kompaun khas bermula esok, 3 Januari, selama 6 bulan supaya mereka menyelesaikan kompaun ini.

“Sebab saman AwAS ada dua juta saman yang tertunggak dan memang ada sekatan kepada mereka yang tidak menyelesaikan saman AwAS, sekiranya mereka tidak menyelesaikan saman itu mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu ataupun lesen kenderaan motor mereka,” katanya.

Pembayaran boleh dilakukan di pelbagai saluran seperti kaunter JPJ, portal awam, kiosk JPJ, kaunter mobile JPJ serta aplikasi myJPJ. Walau bagaimanapun, saluran seperti MyEG dan Pos Malaysia tiada perkhidmatan pembayaran kompaun khas tersebut.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy