Sebuah tayar lori telah tercabut lagi semalam dan menyebabkan empat individu cedera dalam nahas kemalangan yang berlaku di Kilometer 199 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, Sitiawan, malam tadi.
Menurut kenyataan dari Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kemalangan berlaku sekitar jam 8.40 malam dan membabitkan tiga buah kenderaan jenis Toyota Yaris, Honda Civic, Mercedes dan juga sebuah lori tangki minyak.
Menurut Harian Metro, difahamkan bahawa 3 buah kenderaan tersebut telah merempuh tayar kiri lori tangki minyak tersebut yang tercabut di laluan berkenaan.
“Empat mangsa yang cedera berusia antara tiga hingga 36 tahun menaiki kenderaan Toyota Yaris, manakala dua lagi mangsa menaiki Honda Civic dan Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Wanita berusia 36 tahun di tempat duduk hadapan Toyota Yaris tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba yang menjalankan operasi menyelamat, menggunakan peralatan khas,” katanya.
Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?