NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Warga Emas Maut Terseret dalam Nahas 3 Kenderaan di Johor Bahru

Warga Emas Maut Terseret dalam Nahas 3 Kenderaan di Johor Bahru

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, memaklumkan bahawa nahas yang berlaku sekitar jam 3.15 petang itu melibatkan sebuah motosikal, pacuan empat roda, dan sebuah lori.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 63 tahun membrek secara mengejut, menyebabkan penunggang motosikal gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di lorong kiri jalan sebelum tersangkut pada besi di bahagian tepi sebuah lori dan terseret,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mangsa, seorang lelaki berusia 72 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan. Sumber Sinar Harian.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas. Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222.

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD