Baru-baru ini, saya telah dapat merasai pengalaman pandu uji model terbaru dari Kia iaitu Kia Sportage 2025 semasa Media Drive. Perjalanan dimulakan dari showroom Kia di Glenmarie, Shah Alam ke sebuah villa di Janda Baik, Pahang.
Kia Sportage telah dilancarkan pada 4 Disember lalu di KLIMS 2024 dengan 4 varian sebagai pilihan. Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom, Kedah, harga jualan Kia Sportage bermula pada harga RM145,999 sehingga RM185,999.
Untuk permulaan, saya diberi peluang untuk memandu varian 2.0L High dari Shah Alam sehingga ke Janda Baik, Pahang. Dari segi enjin, varian ini menggunakan enjin Smartstream 2.0L MPI empat-silinder sebaris DOHC D-CVVT yang mampu menjana kuasa sebanyak 154 HP dan 192 Nm tork dengan kelajuan maksimum sehingga 175 km/j.
Bagi feeling pemanduan enjin, tujahan kuasa agak kurang dan enjin juga sedikit mengaum ketika memandu di highway. Tetapi, ketika cornering, kereta ini memberi kerjasama dengan sangat baik dan memberi pengalaman yang mengasyikkan. Tanpa sedar, kelajuan boleh mencapai sehingga 120 km/j dengan mudah. Clutch juga tidak terlalu dalam, menjadikan ia mudah dicengkam untuk pemandu.
Sebagai penumpang pula, ruang tempat duduk belakang sangat luas dengan 2 corong penghawa dingin sendiri di bahagian belakang. Di bahagian kabin hadapan pula, masih terdapat butang-butang fizikal di skrin infotainment dan juga untuk mengawal suhu dan kesejukan penghawa dingin. Tetapi, jangan risau kerana masih ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Penggunaan minyak pula dikatakan 7.5 liter/100 km dan tangki minyak kereta masih tidak berkurang dengan banyak selepas sampai di Janda Baik, Pahang. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Serendah pula. Kali ini, kami bertukar varian dan akhirnya dapat merasai memandu varian 1.6T High AWD.
Dari segi enjin, varian ini menggunakan enjin Gamma II 1.6 T-GDI empat-silinder sebaris D-CVVT yang mampu menjana kuasa sebanyak 177 HP dan 265 Nm tork dengan kelajuan maksimum sehingga 201 km/j.
Bagi feeling pemanduan enjin, memang ada perbezaan yang ketara dengan varian sebelum ini yang saya pandu. Apa yang boleh dikatakan, saya amat berpuas hati dengan tujahan kuasa dan prestasi enjin yang diberikan pada varian ini. Tiada underpower dan setiap kali tekan minyak, kereta ini dengan mudahnya pergi. Tidak terasa berat seperti sebelum ini dan saya boleh menguji kelajuan sehingga 180 km/j walaupun ia merupakan sebuah SUV.
Apa yang paling saya suka, teknologi dan rekaan yang telah dipertingkatkan di bahagian dalaman kabin. Skrin infotainment kini bersambung dengan skrin meter kluster menjadi satu skrin panjang dan tiada lagi butang-butang fizikal. Semuanya touch-screen. Gear juga kini boleh dipusing dengan mudah, berbanding varian 2.0L di mana gear seperti controller kapal terbang.
Di bahagian belakang juga, penumpang boleh menyangkut handbag atau sling bag di bahagian belakang kerusi pemandu dan co-pilot. Selain itu, penumpang belakang juga kini boleh mengecas telefon kerana ada USB Type-C (Varian 2.0L tiada). Penggunaan minyak dikatakan lebih jimat iaitu 6.3 liter/100 km. Kita sememangnya tahu Kia juara dalam semua kereta paling jimat minyak.
Kia Sportage ini juga sesuai dipandu dalam laluan off-road dan ia terbukti selepas kami berjaya melalui laluan batu-batu di sungai yang cetek ketika Media Drive ini.
Untuk pemandu yang inginkan pengalaman pemanduan yang best dari segi enjin, kami menyarankan varian 1.6T High AWD. Jika anda hanya mencari sebuah SUV untuk membawa keluarga dan berjalan-jalan, varian 2.0L sudah mencukupi. Kalau tanya saya, personal favourite saya adalah sudah semestinya varian 1.6T!