Kadar kesesakan di beberapa lebuhraya utama di Lembah Klang pada waktu puncak terbukti berjaya dikurangkan sehingga 30 peratus setelah larangan pergerakan kenderaan berat mula dilaksanakan semalam, lapor Kosmo!.
Menurut Pegawai Turus Lebuh Raya Zon Tengah B, Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Amir Che Ya, berdasarkan pemantauan dari pihaknya dan PLUS Malaysia Berhad serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), aliran trafik kelihatan sedikit lancar berbanding sebelum ini.
“Jika sebelum ini had kelajuan bagi beberapa kawasan hanya sekitar 10 hingga 15 kilometer/jam (KM/J), namun hari ini boleh dikatakan sudah menunjukkan kenderaan boleh bergerak 40 hingga 50 KM/J.
“Usaha ini dilihat memberikan hasil malah kadar kesesakan dilihat mampu dikurangkan sehingga 30 peratus apabila tiada kenderaan berat masuk ke lebuh raya pada waktu puncak, ini menunjukkan pemandu kenderaan berat berjaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan diharap ia akan berterusan.
“Usaha ini bukan bertujuan untuk menganiayai pemandu kenderaan berat, tetapi lebih kepada memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya,” katanya.
Sebelum ini, PLUS telah mengumumkan pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat semasa waktu puncak dan telah menerima hentaman dan kritikan terutamanya dari industri logistik kerana telah menjejaskan waktu bekerja mereka.
Namun, selepas pihak PLUS mengadakan taklimat bersama dengan syarikat yang mempunyai kenderaan berat pada 12 Februari lalu, ramai yang telah bersetuju dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak PLUS untuk mengurangkan kesesakan di lebuhraya pada waktu puncak.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?