NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Diskaun Tol 50 Peratus sempena Aidilfitri Akan Diumum Tak Lama Lagi

Diskaun Tol 50 Peratus sempena Aidilfitri Akan Diumum Tak Lama Lagi

Seperti mana pelaksanaan diskaun tol 50 peratus yang dilaksanakan pada Tahun Baru Cina lalu, kerajaan akan kekal meneruskan diskaun tersebut sempena perayaan Aidilfitri ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerajaan akan mengumumkan diskaun tol 50 peratus ini tak lama lagi sebelum pengguna lebuhraya memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung.

“Memang kita akan ada sebab sudah buat Tahun Baharu Cina, takkan tidak buat untuk Aidilfitri… nanti kita akan umumkan kepada mereka yang hendak balik kampung, memang ada (diskaun tol).

“Kita buat seperti mana Tahun Baharu Cina iaitu 50 peratus… cuma kena sabar sikit kerana kena diperhalusi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun sebanyak 50 peratus berbanding percuma seperti sebelum ini akibat implikasi kewangan yang perlu ditanggung kerajaan sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy