Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (JBPM) mendapati kebanyakan kebakaran kenderaan berlaku disebabkan sistem pendawaian elektrik yang terlalu sarat, biasanya akibat pengubahsuaian, lapor Bernama.
Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, menjelaskan bahawa apabila sistem pendawaian dibebani berlebihan, suhu boleh meningkat dengan cepat dan menyebabkan kebakaran merebak.
“Berdasarkan data kami, kebanyakan kebakaran kereta berpunca daripada masalah elektrik, bukan dari enjin. Jika berpunca dari enjin, biasanya disebabkan oleh kebocoran minyak,” katanya.
Beliau menambah bahawa ramai pemilik kenderaan membuat pengubahsuaian seperti memasang sistem bunyi yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Jika berlaku kerosakan, pihak pengeluar tidak akan menanggungnya kerana kenderaan telah diubah suai.
Beliau menasihatkan pemilik kenderaan agar tidak membuat pengubahsuaian yang boleh menyebabkan pendawaian elektrik menjadi berlebihan dan akhirnya mengundang kebakaran. Katanya, adalah lebih selamat jika kenderaan dikekalkan seperti asal dari kilang.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata kerajaan merancang untuk membina rumah mampu milik berhampiran balai bomba Sungai Merah. Ini bagi membolehkan anggota bomba memiliki rumah sendiri berdekatan tempat kerja mereka.
Beliau berkata anggota bomba wajar diberi peluang memiliki rumah mampu milik kerana mereka berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh dedikasi dan perlu diberikan keutamaan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?