Kebakaran Putra Heights: Lebih 190 Permohonan Bantuan Kenderaan Sementara Diterima

Kebakaran Putra Heights: Lebih 190 Permohonan Bantuan Kenderaan Sementara Diterima

Lebih 190 permohonan bantuan kenderaan sementara bagi mangsa yang terjejas dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights pada minggu lalu telah diterima setakat hari ini.

Permohonan tersebut dapat dipenuhi berikutan dengan jumlah kenderaan sementara yang diterima adalah sebanyak 200 buah kereta dari 5 buah syarikat.

“Ini berdasarkan permohonan daripada mangsa, dan setakat ini lebih kurang 190 permohonan diterima. Jumlah ini mencukupi kerana setakat ini ada 200 kenderaan pinjaman selama sebulan daripada lima syarikat automotif.

“Saya rasa mencukupi dan tidak perlu tambah jumlah kenderaan kerana masih ada baki lima atau enam kenderaan yang belum dimohon. Setakat ini, kita sudah agihkan 140 kereta dan baki lagi 60 akan diberi dalam minggu ini,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Antara model kereta yang terlibat adalah Renault Captur dan Koleos, Nissan X-Trail Hybrid dan Almera, GS3 Emzoom GAC Motor, serta tiga kenderaan elektrik (EV) Aion Y.

Dengan penyediaan kenderaan sementara kepada mangsa yang terjejas, diharap dapat memberi sedikit kelegaan dan membantu melakukan urusan harian sementara menunggu kenderaan sendiri selesai dibaiki.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD