Pada hari Isnin, Presiden Donald Trump mencadangkan bahawa beliau mungkin akan mengecualikan sementara tarif yang dikenakan ke atas industri automotif, bagi memberi masa kepada syarikat kereta untuk menyesuaikan rantaian bekalan mereka.
“Saya sedang pertimbangkan untuk membantu beberapa syarikat kereta. Mereka mahu buat kereta di sini, tapi mereka perlukan sedikit masa,” kata Trump menurut laporan AP News.
Beliau berkata pembuat kereta memerlukan masa untuk memindahkan pengeluaran dari negara seperti Kanada dan Mexico ke Amerika Syarikat.
Matt Blunt, presiden American Automotive Policy Council yang mewakili Ford, General Motors dan Stellantis, bersetuju dengan matlamat Trump untuk meningkatkan pengeluaran dalam negara. Katanya, tarif yang tinggi ke atas alat ganti boleh menjejaskan matlamat ini kerana proses menukar rantaian bekalan mengambil masa.
Kenyataan terbaru Trump menambahkan lagi kekeliruan tentang dasar perdagangannya. Tarif yang dikenakan telah menggugat pasaran kewangan dan menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan kemelesetan ekonomi dalam kalangan ahli ekonomi.
Pada bulan Mac, Trump mengumumkan tarif 25% ke atas kereta dan menyifatkannya sebagai tetap. Namun baru-baru ini, beliau kelihatan lebih fleksibel. Minggu lepas, selepas kejatuhan pasaran menaikkan kadar faedah hutang A.S., Trump menurunkan banyak tarif kepada 10% selama 90 hari untuk memberi ruang kepada rundingan.
Pada masa yang sama, beliau menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 145%, tetapi kemudian mengurangkan tarif ke atas beberapa barang elektronik kepada 20%.
“Saya tak ubah fikiran, tapi saya fleksibel,” kata Trump.
Sikap yang sering berubah ini menimbulkan kekeliruan tentang tujuan sebenar Trump.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?