NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pelajar Kolej Maut, Enam Motosikal Berlanggar Sesama Sendiri

Pelajar Kolej Maut, Enam Motosikal Berlanggar Sesama Sendiri

Seorang pelajar kolej maut, lima lagi cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka melanggar sesama sendiri di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Port Dickson hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, kesemua mangsa berusia dari 17 hingga 20 tahun dan lima daripadanya merupakan pelajar sebuah kolej di Port Dickson. Kemalangan berlaku sekitar jam 3.15 pagi di mana mereka dalam perjalanan menuju ke Port Dickson dari Seremban.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca apabila sebuah motosikal telah melanggar belakang motosikal di hadapan yang menyebabkan kesemua penunggang terlibat hilang kawalan dan bertembung antara satu sama lain.

“Akibatnya, seorang penunggang lelaki berusia 18 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurut laporan Sinar Harian, lima lagi penunggang dilaporkan mengalami cedera ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy