Pihak polis telah menembak mati tiga individu yang dipercayai anggota sindiket mencuri kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam serbuan di Taman Sejahtera, Sik pada 1 Mei lalu.
Tiga lelaki dipercayai ahli sindiket curi kenderaan pacuan empat roda (4×4) maut ditembak polis dalam serbuan di sebuah rumah inap di Taman Sejahtera, Sik pada awal pagi 1 Mei lalu.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semasa serbuan pada jam 2.30 pagi, suspek berusia 35 hingga 37 tahun melepaskan tembakan dan menyerang polis dengan parang, menyebabkan anggota terpaksa bertindak balas.
Polis menemui dua pistol, beberapa peluru, parang, serta kenderaan jenis Honda CRV yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya. Turut ditemui 26 nombor plat palsu dan peralatan untuk mencuri kenderaan.
Sindiket itu aktif sejak 2023 dan terlibat dalam sekurang-kurangnya 73 kes curi kenderaan 4×4. Pada hari sama, dua Toyota Hilux curi berjaya dikesan di Thailand hasil kerjasama polis Malaysia dan Thailand. Empat warga Thailand turut ditahan.
Ketua sindiket masih bebas dan usaha memburu saki-baki ahli sedang dijalankan. Polis juga menyeru orang ramai tampil menyalurkan maklumat.
Dalam kes berasingan, polis mengesahkan kenderaan dikaitkan dengan kehilangan Pamela Ling Yueh menggunakan nombor plat palsu. Usaha menjejaki kenderaan itu giat dijalankan melalui rakaman CCTV di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?