NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Suami Isteri Nyaris Maut, Rempuh Seekor Gajah di Lebuh Raya

Suami Isteri Nyaris Maut, Rempuh Seekor Gajah di Lebuh Raya

Sebuah lagi kemalangan yang melibatkan seekor gajah berlaku di mana sepasang suami isteri nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh haiwan tersebut di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kemalangan berlaku sekitar jam 9.20 malam ketika pasangan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Mersing dari Kota Tinggi.

“Sebaik tiba di lokasi, empat ekor gajah tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh salah seekor haiwan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, bahagian hadapan Perodua Alza terbabit mengalami kerosakan, namun kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 40 dan 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Haiwan tersebut kemudiannya dilihat terus melarikan diri masuk ke dalam hutan berdekatan selepas insiden kemalangan tersebut berlaku.

“Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada, terutamanya ketika melalui kawasan berhampiran hutan pada waktu malam,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy