NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu BMW Maut, Penunggang Motosikal Cedera Parah dalam Kemalangan

Pemandu BMW Maut, Penunggang Motosikal Cedera Parah dalam Kemalangan

Seorang lelaki maut selepas kenderaan jenis BMW yang dipandunya hilang kawalan dan telah berlanggar dengan sebuah motosikal di Lorong Moror Bukit Ayun, Bayan Lepas, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian dan telah disahkan meninggal dunia serta-merta manakala penunggang motosikal jenis Yamaha dilaporkan mengalami cedera parah dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 4 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kemalangan.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai oleh Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi telah terlibat untuk operasi menyelamat, lapor Kosmo!.

“Terdapat dua mangsa iaitu pemandu kereta dan penunggang motosikal dan pasukan bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan mangsa.

“Mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi menyelamat telah tamat sepenuhnya pada jam 4.38 pagi tadi, tambah beliau.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy