Kerajaan sedang merangka dasar baharu yang akan mewajibkan penggunaan had laju automatik (speed limiter) bagi kenderaan berat. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dasar ini sedang dikaji dengan teliti supaya ia kukuh dan tidak mudah disalahgunakan.
“Kerajaan komited untuk memperkukuhkan keselamatan jalan raya. Kami mahu melindungi pengguna jalan raya, terutama daripada risiko yang dibawa oleh pemandu cuai dan kenderaan berat yang tidak selamat,” katanya menurut laporan The Star.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas kemalangan tragik yang berlaku semalam, mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kemalangan berlaku apabila sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak, terbalik selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Kemalangan itu turut menyebabkan 33 orang cedera, termasuk pemandu dan petugas bas, serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza yang terlibat dalam insiden tersebut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?