Seorang pemandu teksi berusia 55 tahun dari Seri Kembangan sekali lagi dicekup oleh pihak JPJ dalam operasi khas ‘Ops Ulat’ di KLIA. Difahamkan, ini kali keempat dia ditahan kerana aktif mencari penumpang secara haram, atau lebih dikenali sebagai ‘ulat teksi’.
“Sekarang susah nak cari makan, pelanggan pun lebih suka guna app, bukan tahan teksi,” katanya ketika disoal siasat. Dia minta untuk dilepaskan, dengan alasan pendapatan sehari sebagai pemandu teksi sah sukar menampung hidup, apatah lagi bersaing dengan perkhidmatan e-hailing yang semakin meluas.
Menurutnya lagi, hasil ‘ulat’ di KLIA mampu beri dia RM150 hingga RM300 sehari, walaupun dia perlu bayar sewa harian teksi sebanyak RM60. Dia juga mengaku ini bukan kali pertama ditahan tetaoi empat kali, katanya. Malah, dia pernah bayar saman sehingga RM12,000 yang terpaksa dipinjam semata-mata untuk tebus balik kereta yang disita JPJ.
Dia juga merayu supaya JPJ tidak melucut hak ke atas teksinya, memandangkan kenderaan itu disewa daripada syarikat.
Ketua Pengarah Kanan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan pula menegaskan bahawa mana-mana pemandu teksi di KLIA perlu menggunakan sistem aplikasi rasmi yang dibenarkan. Jika tidak, mereka dianggap sebagai ulat dan boleh dikenakan tindakan tegas.
Menurut JPJ, pihaknya akan mohon supaya semua kenderaan yang terlibat dilucut hak mengikut Seksyen 227 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Tindakan itu lebih berkesan berbanding hanya denda biasa kerana ramai yang sanggup bayar saman tetapi tetap ulang kesalahan sama.
Sejak awal Januari hingga pertengahan Jun 2025, sebanyak 10 kenderaan awam dan 69 kenderaan persendirian telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ulat di lapangan terbang.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?