Satu lencongan trafik sementara telah dilaksanakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak antara KM25.75 hingga KM26.4 arah Kuantan bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Sazali Harun berkata, laluan tiga lorong asal telah dialihkan ke laluan sehala di bahagian bertentangan arah Kuala Lumpur. Walaupun begitu, kapasiti tiga lorong masih dikekalkan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.
Beliau menjelaskan bahawa Pelan Pengurusan Trafik telah disemak dan diluluskan oleh juruaudit keselamatan jalan raya melalui Audit Keselamatan Jalan Raya Peringkat 4 Bahagian 1. Audit seterusnya, iaitu Peringkat 4 Bahagian 2, akan dijalankan pada hari Rabu (30 Julai) untuk menilai pematuhan semasa pelaksanaan dan mencadangkan penambahbaikan mengikut perkembangan kerja pembinaan.
Tambah beliau, LLM bersama konsesi AFA PRIME Bhd dan Malaysia Rail Link telah menjalankan pemantauan berterusan sejak lencongan ini bermula. Pemantauan terkini pada Isnin (14 Julai) menunjukkan keadaan trafik di lokasi terkawal dan lancar.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan di lokasi dan merancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sumber : The Star
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?