Pengurusan tempat letak kereta melalui syarikat konsesi telah digunakan di Selangor sejak tahun 1996. Sehingga Jun lalu, lima pihak berkuasa tempatan (PBT) masih menggunakan khidmat syarikat konsesi untuk menguruskan sistem parkir, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim.
Ng berkata, sistem pengurusan parkir baharu secara konsesi akan bermula secara rasmi pada 1 Ogos dan bertujuan menambah baik sistem sedia ada. Walaupun penswastaan mempunyai kelebihan dan kekurangan, pendekatan kali ini akan menggunakan sistem Smart Intelligent Parking (SIP) dengan penglibatan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor).
Keputusan untuk melaksanakan sistem ini dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-33/2024 pada 28 November 2024 dan disahkan dalam MMKN ke-34/2024 pada 6 Disember 2024. Kerajaan Selangor bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan pengurusan tempat letak kereta (TLK) melalui kerjasama antara MBI Selangor dan syarikat swasta.
Kemudian, dalam mesyuarat MMKN ke-12/2025 pada 23 April 2025 yang disahkan pada 30 April 2025, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik Rantaian Mesra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh MBI, bagi melaksanakan sistem Pengurusan Smart TLK di seluruh Selangor.
Ng turut menjelaskan bahawa sistem ini melibatkan kerjasama tiga pihak, iaitu PBT sebagai pihak yang menetapkan dasar, kadar bayaran dan zon parkir; Rantaian Mesra sebagai penyelaras sistem dan pelapor teknikal; serta syarikat konsesi yang dilantik.
Pelaksanaan ini akan dimeterai melalui perjanjian tiga pihak antara PBT terlibat, syarikat konsesi dan Rantaian Mesra Sdn Bhd bagi memperjelas peranan, skop dan tanggungjawab masing-masing mengikut garis panduan ditetapkan.
Syarikat konsesi akan melabur sebanyak RM200 juta untuk membina infrastruktur Smart Parking, termasuk pemasangan 1,800 kamera litar tertutup (CCTV) di empat PBT dalam fasa pertama.
Bagaimanapun, Ng menjelaskan bahawa penguatkuasaan masih di bawah tanggungjawab PBT seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Menurut laporan Bernama, syarikat konsesi hanya bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sistem dan pembayaran gaji kakitangan, manakala tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran saman masih dilaksanakan oleh pegawai PBT.
Tambah beliau, PBT tidak perlu menanggung kos operasi dan dijangka akan memperoleh hasil kutipan yang lebih tinggi melalui sistem baharu ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?