Seorang budak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta ibunya sebelum terbabas ke dalam longkang bersama dua kanak-kanak lain yang turut berada dalam kenderaan itu. Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi pada hari Sabtu di Jalan Telok Gong, Klang dan kini tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, pemandu berusia 11 tahun itu dan seorang penumpang berusia tujuh tahun merupakan adik-beradik dan pemegang kad UNHCR. Seorang lagi kanak-kanak dalam kereta itu ialah sepupu mereka yang berstatus warganegara Malaysia.
Ibu kepada dua beradik itu sedang dalam perjalanan dari Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang Utara menuju ke rumah adiknya di Telok Gong. Dia meninggalkan anak-anak seketika dalam kereta untuk ke tandas. Ketika itulah anak sulungnya mengambil alih stereng kerana ingin pergi ke sebuah kedai berdekatan, menurut laporan Bernama.
Kanak-kanak itu sempat memandu sejauh kira-kira 2 km sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang berhampiran kedai. Mujur tiada sesiapa yang cedera dan kereta hanya mengalami kerosakan kecil. Polis telah mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?