Proton X50 Serba Baharu Rasmi Dilancarkan – 3 Varian, Rebat RM4k, Harga Bermula RM86k

Proton telah melancarkan Proton X50 Serba Baharu hari ini secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia dan mengumumkan harga rasmi iaitu bermula dari RM89,800 untuk varian Executive, RM101,800 untuk varian Premium dan RM113,300 untuk varian Flagship.

Istimewa untuk 10,000 pembeli terawal, Proton memberi rebat sebanyak RM4,000, menjadikan harganya bermula RM85,800 (Executive), RM97,800 (Premium) dan RM109,300 (Flagship) sebelum 31 Oktober ini.

Model ini didatangkan dengan spesifikasi enjin turbo 1.5L i-GT baharu bersama transmisi klac berkembar 7-kelajuan. Ia menghasilkan kuasa sebanyak 133 kW dan 290 Nm tork. Pecutan 0–100km/j hanya dalam 7.6 saat dengan penggunaan bahan apinya juga lebih jimat sebanyak 4.7%.

Dari segi reka bentuk, X50 baharu hadir dengan gril depan dan bampar yang direka semula, spoiler belakang yang lebih sporty, empat paip ekzos, warna dua tona, dan rim aloi bertekstur baharu.

Bahagian dalaman turut dipertingkatkan dengan bahan lembut, konsol tengah terapung, tuil gear jenis tiang seperti kereta mewah, serta ambient lighting 72 warna. Beralih pada teknologi, skrin infotainmen 14.6 inci kini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta kawalan suara dalam Bahasa Melayu.

Aplikasi baharu Proton Link 2.0 membolehkan pengguna menghidupkan enjin dan pendingin hawa dari jauh, semak status kenderaan secara masa nyata, dan membuat janji temu servis.

Ciri keselamatan juga ditambah baik termasuk tuil gear mewah, sistem bantuan parkir automatik yang dipertingkat, kamera HD 360 darjah bersama pandangan bawah 180 darjah, dan sistem radar sisi belakang (RSRS).

Dengan penarafan keselamatan 5 bintang dari ASEAN NCAP, pemandu boleh yakin dengan keselamatan dan kestabilan kenderaan ini dalam semua keadaan jalan.

Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver dan warna baharu, Teal Bayou Green.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD