GWM Tank 500 HEV vs Toyota LC300 vs Mercedes-Benz GLC – Siapa Paling Berbaloi?

GWM Tank 500 HEV vs Toyota LC300 vs Mercedes-Benz GLC – Siapa Paling Berbaloi?

Dalam dunia SUV hari ini, memang banyak pilihan sampai kadang-kadang susah nak pilih yang betul-betul sesuai. Ada yang fokus betul-betul pada ketahanan off-road, ada yang lebih fokus pada gaya dan kemewahan, dan ada juga yang cuba gabungkan kedua-duanya.

Toyota Land Cruiser LC300, contohnya, memang sinonim dengan kelasakan dan off-road tetapi keselesaan bukanlah kekuatan utamanya. Mercedes-Benz GLC pula sering menjadi idaman golongan urban yang mahukan gaya dan kemewahan, cuma bila masuk laluan mencabar, ia agak terbatas.

Jadi kalau nak kereta yang boleh bagi kedua-duanya, selesa untuk kegunaan harian tetapi dalam masa yang sama yakin untuk meredah pelbagai jenis laluan, jawapannya ada pada GWM Tank 500 HEV. Hari ini, kami bandingkan ketiga-tiga model ini dari setiap sudut untuk anda menilai sendiri – SUV manakah yang bakal menjadi juara di hati?

1. Reka Bentuk Luaran – Pandangan Depan, Sisi dan Belakang

Dari depan, LC300 mempunyai gril besar dengan palang mendatar, bergantung pada varian dan kelihatan sedikit agresif. Lampu utama LED dia agak konservatif dari segi bentuk. Hanya lebih kepada segi empat biasa, tak banyak gaya.

Mercedes-Benz GLC pula bawa rupa yang paling elegan dan urban. Bahagian depan dia kemas dan sofistikated, dengan gril berbentuk trapezoid kecil (dengan logo besar di tengah), dan lampu LED yang nipis dan tirus, lengkap dengan DRL gaya ‘eyebrow’. 

Bahagian hadapan Tank 500 dikuasai oleh gril besar berbentuk trapezoid dengan kemasan krom, nampak mahal tapi tak berlebihan. Lampu LED utama pula direka petak dan tajam, lengkap dengan DRL berbentuk T, membuatkan SUV ini nampak bersedia untuk cabaran, tapi masih tetap boleh bergaya di jalan raya.

Bahagian Depan

Dari sisi, LC300 nampak paling gergasi antara ketiga-tiganya. Garisan badan lebih tebal, kurang lekuk, dan bentuk keseluruhan lebih tegap berbanding stylish. Wheel arches besar, tapi tak banyak detailing moden. 

Sisi badan GLC pula ada lekuk yang mengalir dari depan ke belakang, buat dia nampak langsing dan lebih feminin. Rekaan ini lebih sesuai untuk gaya hidup di bandar, khususnya untuk para wanita.

Bagi Tank 500, dari sisi ada wheel arches yang lebar dan sedikit berotot, dengan garisan badan yang lurus dan kemas. Ini beri efek tinggi dan stabil, dan nampak “road command” dia memang kuat.

Bahagian Sisi

Bahagian belakang LC300 juga agak plain di mana lampu belakang berbentuk horizontal biasa, besar tapi tak menonjol. Memang nampak gagah, tapi tak semua orang sukakan gaya yang terlalu ‘utilitarian’. 

Bahagian belakang GLC pula tampil dengan lampu LED bergaya 3D, nipis dan moden—memang sesuai untuk gaya hidup moden di bandar. Tapi bila dilihat dari sisi SUV sebenar, GLC ni lebih kepada gaya berbanding fungsi lasak.

Berbeza dengan bahagian belakang Tank 500, iaitu dengan lampu belakang LED berbentuk menegak, sedikit mengingatkan kepada SUV premium Eropah. Rekaan keseluruhan seimbang di antara karakter off-road dan citarasa moden.

Bahagian Belakang

2. Enjin & Kuasa Pemanduan

Tidak dinafikan LC300 memang hebat dari segi spesifikasi enjin 3.5L V6 twin turbo, yang mampu menghasilkan kuasa dan tork yang tinggi. Tetapi bagaimana pula kos pengeluaran yang lain? Ini termasuk penggunaan bahan api yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang besar, lebih-lebih lagi jika hanya guna dalam bandar. Untuk gaya hidup harian? Mungkin tak semua perlukan tahap itu.

Enjin Toyota Land Cruiser LC300

GLC pula pakai enjin 2.0L turbo atau mild hybrid. Untuk pemanduan bandar dan highway, cukup selesa. Tapi kelemahannya jika nak masuk kawasan mencabar atau off-road. Sistem AWD dia bukan untuk jalan raya lasak, ia lebih kepada keselamatan masa hujan dan selekoh.

Enjin Mercedes-Benz GLC

Walaupun Tank 500 hanya guna enjin 2.0L turbo hybrid, tapi jangan pandang rendah.  Gabungan enjin turbo dan motor elektrik beri daya pecutan dan tork yang responsif. Memang terbukti jimat minyak dan mesra alam, tanpa perlu korbankan prestasi. Nak naik bukit, redah lumpur, lalu kawasan berbatu, semuanya boleh.

Enjin GWM Tank 500 HEV

3. Pengendalian & Rasa Memandu

LC300 memang tahan lasak, tapi dia agak berat dan besar. Pemanduan dalam bandar rasa macam bawa lori mewah. Cornering kurang selesa, dan nak park pun perlukan skill dan ruang yang besar.

Toyota Land Cruiser LC300

GLC pula, bawa dia memang rasa smooth. Handling yang tajam, sesuai dengan saiz dia yang lebih kecil. Tapi bila mula lalu jalan tak rata, atau kawasan off-road, suspensi dia cepat terasa keras dan tak selesa.

Mercedes-Benz GLC

Tank 500 gabung kedua-duanya. Untuk pemanduan di bandar, rasa stabil dan lembut, macam dalam sebuah SUV premium. Bila masuk kawasan yang mencabar, ia dibantu oleh sistem pacuan semua roda dan mod pemanduan off-road yang sangat responsif. Bukan sekadar selesa untuk pemanduan harian dalam bandar, tapi juga cukup bersedia untuk dibawa masuk kawasan berbukit, berlumpur, atau jalan berbatu.

GWM Tank 500 HEV

4. Reka Bentuk Dalaman & Teknologi

Bahagian ni juga memainkan peranan yang penting untuk membeli sebuah kereta. LC300 punya interior adalah simple dan agak praktikal. Masih banyak tombol fizikal digunakan, dengan elemen klasik masih dikekalkan. Fokus dia lebih kepada tahan lama dan mudah dijaga, bukan untuk gaya atau kecantikan.

Dari segi teknologi juga, LC300 agak basic dan lebih fokus kepada sistem mekanikal dan keupayaan fizikal berbanding gadget dan ciri pintar. Memasuki tahun 2025, sudah pasti teknologi dan ciri pintar adalah perkara asas di dalam sebuah kenderaan.

Bahagian Dalam Toyota Land Cruiser LC300

Berbeza dengan GLC yang memang jaguh dalam bahagian kabin. Rekaan moden, kemasan cantik, ditambah dengan kehadiran lampu ambient, dan skrin infotainment yang canggih,  tapi ruangnya terasa lebih sempit, terutamanya jika dibanding dengan Tank 500.

GLC pula ada banyak teknologi, tetapi kebanyakannya hanya hadir sebagai pilihan tambahan, di mana pemilik harus menambah lagi duit, bergantung pada varian yang ditawarkan. Harga kenderaan sudah mahal, lagilah kena tambah duit lagi.

Bahagian Dalam Mercedes-Benz GLC

Dari segi rekaan dalaman, Tank 500 benar-benar beri kejutan. Material yang digunakan terasa premium dengan kehadiran skrin infotainment dan tempat duduk jenis nappa leather yang hadir dengan fungsi pemanas serta urutan. 

Tank 500 datang lengkap dengan segala teknologi yang relevan seperti kamera 360 darjah, sistem Smart All-Terrain System dengan 11 mod pemanduan serta Tank Turn Function dan Off-Road Cruise Control. Selain itu, ada juga wireless charging, sistem ADAS dan ambient lighting yang boleh bertukar warna mengikut mood atau lagu. Canggih kan?

Bahagian Dalaman GWM Tank 500 HEV

5. Tempat Duduk Penumpang

Di baris kedua dan ketiga, LC300 menawarkan 7 tempat duduk, tapi bahagian belakang terasa lebih tegak dan ‘keras’, di mana ianya lebih sesuai untuk keperluan ekspedisi, bukan untuk keselesaan penumpang dalam jangka masa panjang.

Baris Kedua dan Ketiga Toyota Land Cruiser LC300

GLC pula hanya menawarkan 5 tempat duduk dan ianya hanya cukup untuk gaya hidup bandar, bukan untuk keluarga besar atau aktiviti luar yang serius. Kalau anda tinggi atau berbadan besar sedikit, lupakan sahajalah.

Baris Kedua Mercedes-Benz GLC

Di baris kedua dan ketiga, Tank 500 jelas mendahului. Ia menawarkan 7 tempat duduk dengan ruang kaki yang luas dan tempat duduk yang empuk. Boleh tahan selesa walaupun untuk perjalanan jauh.

Baris Kedua dan Ketiga GWM Tank 500 HEV

6. Fungsi Praktikal – Sidestep & Stereng 

Toyota LC300 mempunyai fungsi sidestep, tetapi ianya jenis tetap. Ya, ia kukuh dan tahan lasak, sesuai dengan identiti off-road dia. Tapi dari segi penampilan dan kepraktisan harian, ia tak selancar dan kemas seperti Tank 500 punya auto retractable sidestep.

Sidestep Toyota Land Cruiser LC300

Mercedes-Benz GLC pula tak datang dengan sidestep standard. Untuk varian biasa, pengguna mungkin kena tambah aksesori sendiri kalau nak ada. Saiz GLC tak setinggi dua model lain, jadi mungkin tak rasa perlu sangat. Tapi dari segi kemudahan bila bawa orang lebih tua atau anak kecil, ini adalah satu kekurangan.

Sidestep Mercedes-Benz GLC

GWM Tank 500 HEV datang siap dengan power sidestep automatik, yang akan keluar bila pintu dibuka dan masuk semula bila pintu ditutup. Bukan saja nampak canggih, tapi sangat praktikal, terutama untuk kanak-kanak, warga emas atau bila pakai kasut tinggi. Bila off-road, ia pun tak sangkut sebab automatik masuk balik. Detail kecil tapi sangat thoughtful.

Sidestep GWM Tank 500 HEV

Dari segi stereng, LC300 guna stereng bersaiz bulat standard, agak besar dan tebal. Fokus dia lebih pada kawalan off-road, jadi ia kukuh dan mudah dikawal walaupun pakai sarung tangan atau masa jalan tak rata. Tapi dari segi rasa premium atau moden, agak basic. Kurang feel eksklusif.

Stereng Toyota Land Cruiser LC300

GLC pula memang menang dari segi gaya di mana sterengnya lebih kecil, rekaan tiga jejari dengan kemasan piano black dan chrome. Rasa ringan dan sesuai untuk pemanduan bandar, tapi kalau off-road atau jalan berliku, mungkin kurang rasa connected dengan tayar depan.

Stereng Mercedes-Benz GLC

Tank 500 tampil dengan stereng berbentuk D (flat-bottom) yang bukan saja nampak sporty, tapi juga lebih selesa dipegang. Balutan kulit lembut dengan jahitan kemas, dan ada butang kawalan penuh di jari, termasuk cruise control dan media. Rasa stereng juga solid dan ada berat yang sesuai, buat kita rasa yakin bila cornering atau off-road.

Stereng GWM Tank 500 HEV

7. Harga & Nilai Keseluruhan

LC300 ialah pelaburan jangka panjang, tapi harga dia jauh tinggi. GLC pula meletakkan tanda harga yang jauh beza untuk saiz dan fungsinya yang agak terhad.

Tank 500? Harga dia jauh lebih berpatutan, dengan pelbagai ciri-ciri dan pengalaman pemanduan yang ditawarkan. Dari segi harga, Tank 500 jauh lebih mampu milik berbanding Toyota Land Cruiser LC300, dan menawarkan lebih nilai berbanding Mercedes-Benz GLC.

Perbandingan Ringkas: GWM Tank 500 HEV vs LC300 vs GLC

Kesimpulan

GWM Tank 500 HEV bukan lagi sekadar satu SUV besar dalam pasaran. Ia hadir dengan pakej lengkap dengan reka bentuk yang menarik, prestasi meyakinkan di pelbagai jenis permukaan jalan, ruang dalaman yang selesa dan mewah, serta ciri teknologi yang praktikal untuk kegunaan harian mahupun pengembaraan hujung minggu.

Apa yang benar-benar menyerlah, Tank 500 telah digunakan secara rasmi sebagai kenderaan kerajaan, termasuk dalam presidential fleet di China, Rusia dan Indonesia

Di China, ia digunakan oleh pasukan penyelamat dan bomba, lengkap dengan sistem amaran kecemasan dan penyesuaian ekstrem bagi operasi bencana. Visual menunjukkan model Tank 500 digunakan dalam situasi kecemasan di kawasan pedalaman atau bencana. Ini membuktikan keupayaannya menempuh pelbagai jenis permukaan dan medan yang mencabar.

GWM Tank 500 HEV Digunakan oleh Pasukan Penyelamat dan Bomba di China

Di Rusia pula, ia diadaptasi sebagai kenderaan rasmi oleh agensi keselamatan kerajaan. Direka bentuk dengan lencana rasmi dan sistem siren khas, Tank 500 berfungsi sebagai kenderaan rondaan berprofil tinggi yang menonjolkan gabungan ketahanan, ketangkasan dan gaya eksklusif.

GWM Tank 500 HEV Digunakan oleh Agensi Keselamatan Kerajaan di Rusia

Penggunaan oleh kerajaan ini bukan sahaja mencerminkan tahap kepercayaan tinggi terhadap kualiti dan keselamatan Tank 500, tetapi juga menunjukkan bagaimana model ini disesuaikan untuk tugasan-tugasan kritikal dan profesional di peringkat tertinggi.

Menurut laporan rasmi keputusan kewangan Suku Kedua 2025 GWM, model Tank telah mencatatkan jualan melebihi 700,000 unit di seluruh dunia setakat 30 Jun 2025, sekali gus menguasai lebih 50% pasaran SUV off-road di China (Sumber). Semua ini menjadikan Tank 500 bukan sahaja sebuah SUV mewah, tetapi simbol ketahanan, kepercayaan dan prestij di mata dunia.

Tambahan pula, GWM turut menawarkan lifetime warranty untuk enjin, transmisi dan sistem hibrid—sesuatu yang sangat jarang ditawarkan dalam industri. Jika dibandingkan dengan jaminan biasa yang ditawarkan oleh pengeluar lain (4 hingga 8 tahun), perlindungan seumur hidup ini memberikan ketenangan dan keyakinan jangka panjang kepada pemilik.

Bagi yang sedang mencari SUV serba boleh, lasak tapi tetap selesa dan bergaya, Tank 500 memang patut dipertimbangkan. Mungkin ia belum sepopular jenama lain, tapi dari segi pengalaman pemanduan, ciri yang ditawarkan, dan nilai keseluruhan, ia jelas ada kelebihan tersendiri.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD