NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Warga Malaysia Ditahan Di Singapura, 3.8kg Dadah Disorok Dalam Kereta

Warga Malaysia Ditahan Di Singapura, 3.8kg Dadah Disorok Dalam Kereta

Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 37 tahun diberkas pihak berkuasa Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Sabtu lalu selepas cuba menyeludup lebih 3.8 kilogram dadah bernilai lebih S$394,000 (RM1.38 juta).

Dalam kenyataan bersama pada Selasa, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bersama Biro Narkotik Pusat (CNB) memaklumkan dadah yang dirampas terdiri daripada 1,908 gram heroin, 1,655 gram ganja dan 268 gram methamphetamine atau dikenali sebagai “Ice”. Jumlah itu dianggarkan mampu menampung keperluan sekitar 1,300 penagih dalam tempoh seminggu.

Penahanan berlaku selepas kereta suspek diarahkan untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan, pegawai ICA menemui dua bungkusan hitam disorok dalam panel but belakang. Siasatan lanjut bersama pegawai CNB kemudian menemukan enam lagi bungkusan yang turut disembunyikan di beberapa ruang lain dalam kenderaan tersebut.

Kes kini dalam siasatan dan suspek berdepan tuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973. Undang-undang itu memperuntukkan hukuman mati bagi mana-mana individu yang mengimport atau mengeksport lebih 15 gram diamorfin (heroin tulen), 250 gram methamphetamine, atau 500 gram ganja ke Singapura.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy