NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Ekspres Terbabas, 3 Cedera Ringan di Kuala Krai

Bas Ekspres Terbabas, 3 Cedera Ringan di Kuala Krai

Tiga orang termasuk pemandu cedera ringan selepas sebuah bas ekspres membawa 13 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas dan terbalik berhampiran Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai–Kota Bharu, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 pagi sebelum anggota dari BBP Kuala Krai dan BBP Sungai Durian dikejarkan ke lokasi.

“Bas Naza Ekspres itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas. Terdapat 15 individu dalam bas termasuk pemandu dan pembantu. Tiga mangsa cedera iaitu seorang lelaki warga emas, seorang wanita warga emas serta pemandu berusia 30-an,” katanya.

Seramai 11 penumpang lain serta pembantu pemandu tidak mengalami kecederaan. Semua penumpang yang terselamat berusia antara 20-an hingga 30-an.

Beliau memaklumkan dua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Che Mah bersama 13 anggota dan tiga jentera tamat pada jam 6.35 pagi. Punca kemalangan masih dalam siasatan polis. – Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy