Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), aplikasi mobiliti dan pengisian minyak pertama di Malaysia, bakal memudahkan rakyat yang layak menikmati subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 30 September 2025.
Melalui pengesahan sekali sahaja dalam aplikasi Setel, pengguna boleh mengisi minyak di lebih 1,000 stesen PETRONAS tanpa perlu lagi mengimbas MyKad setiap kali transaksi.
Selain itu, pengguna turut mendapat pelbagai kelebihan lain dalam ekosistem Setel seperti:
One-tap fuelling – aktifkan pam terus dari dalam kenderaan.
Setel Lite – versi ringan untuk telefon pintar lama.
Mesra Rewards – dapat sehingga 3x mata ganjaran untuk setiap transaksi.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata, penambahbaikan ini sebahagian usaha Setel untuk menyokong gaya hidup digital rakyat dengan pengalaman pengisian minyak yang lebih ringkas, cepat dan bernilai.
“Dengan pengesahan sekali sahaja, pengguna boleh terus ke pam, tak perlu beratur panjang, sambil nikmati ganjaran setiap kali mengisi minyak,” katanya.
Setel juga menegaskan aspek keselamatan dan privasi pengguna sentiasa terjamin kerana proses ini mematuhi peraturan Bank Negara Malaysia.
Di bawah program BUDI95, semua warganegara berusia 16 tahun ke atas dengan MyKad dan lesen memandu sah layak membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter sehingga 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing pula menerima kuota tambahan melebihi had bulanan untuk menyokong pendapatan mereka.
Pengguna boleh menyemak kelayakan dan baki BUDI95 terus melalui aplikasi Setel mulai 25 September 2025. Pendaftaran baharu juga disertakan dengan ganjaran tambahan yang boleh ditebus di aplikasi Setel, stesen PETRONAS, acara lapangan dan platform rakan kongsi.
Anda boleh follow step-by-step melalui infografik di bawah ini:


Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?