WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi GAC di Malaysia, hari ini telah melancarkan secara rasmi GAC EMKOO, ke dalam pasaran Malaysia, dengan harga bermula RM123,800 untuk varian Premium, manakala varian Premium Pro berharga RM133,800.
Dari segi reka bentuk, model ini tampil dengan ukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak roda 2,750 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 638 liter dan meningkat sehingga 1,586 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan sepenuhnya.

Di bahagian luar, dapat dilihat reka bentuk lampu utamanya menggunakan LED penuh yang dikenali sebagai “Eyes of Revelation”. Ia juga didatangkan dengan rekaan bahagian belakangnya yang mempunyai garis badan yang tajam, menyerupai anak panah yang bersedia untuk menembak, menambahkan lagi imej yang sporty dan dinamik.

Di bahagian dalam, GAC EMKOO menampilkan kokpit yang berkonsepkan futuristik dengan Head-Up Display (HUD), Kluster instrumen digital 10.25 inci, Skrin infotainmen 10.1 inci dengan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar.
SUV ini dikuasakan dengan enjin 1.5TGDI bersama transmisi klac berkembar 7-kelajuan (wet dual-clutch), menawarkan pecutan 0–100 km/j dalam 8.8 saat. Kelajuan maksimum pada 190 km/j, serta kecekapan bahan api pada 6.6L/100km (NEDC).

SUV ini juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini seperti Level 2 ADAS, Full Automatic Parking Assist (FAPA) dan sistem kawalan dinamik kenderaan GAC (AVDC).

EMKOO ditawarkan dalam lima warna luaran iaitu Super Star Silver, Graphite Grey, Frost White, Asphalt Black, dan warna baharu Star Lake Green, dengan kemasan dalaman kulit hitam beraksen merah.
Bagi meraikan pelancaran ini, pembeli terawal akan menikmati Early Bird Promo yang menawarkan rebat tunai RM4,000 bersama pakej aksesori eksklusif bernilai RM10,000 (tertakluk terma & syarat).
Pakej aksesori ini termasuk 2-Channel DVR dengan kad microSD 64GB, kicking plate eksklusif EMKOO, luggage tray, dan pedal sport.
Pembeli Premium akan menerima Vkool Solar Tint dan pintu but kuasa elektrik.
Pembeli Premium Pro pula dilengkapi Vkool Security Tint untuk perlindungan tambahan.
Tawaran ini terhad kepada 500 pembeli pertama, tertakluk pada terma dan syarat kempen. Semua pembelian disertakan dengan jaminan kenderaan 5 tahun/150,000 km serta jaminan enjin dan rangkaian kuasa 7 tahun/180,000 km.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?