NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Feri Penumpang Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Dermaga Bukit Malut

Dua Feri Penumpang Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Dermaga Bukit Malut

LANGKAWI – Tiga feri penumpang yang berlabuh di Dermaga Kapal Bukit Malut di sini terlibat dalam satu kejadian kebakaran pada malam tadi, mengakibatkan dua daripadanya rosak teruk.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.46 malam sebelum jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, daripada enam feri yang berada di dermaga ketika itu, tiga buah dilaporkan terbakar. Dua feri mengalami kerosakan hampir 80 peratus sebelum hanyut kira-kira 50 meter ke laut, manakala sebuah lagi hanya terjejas sekitar lima peratus. Tiga feri selebihnya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kerosakan.

“Sebahagian feri yang terbakar dan hanyut telah berjaya ditarik semula ke tebing dengan bantuan bot nelayan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid memaklumkan bahawa salah satu feri yang terbakar merupakan milik syarikat tersebut, manakala sebuah lagi dimiliki oleh syarikat lain yang pernah beroperasi di Langkawi sebelum ini.

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD