Lebih 5,000 Unit Proton X50 Serba Baharu Berjaya Diserahkan – Kini Digelar Raja SUV di Malaysia!

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Serba Baharu Berjaya Diserahkan – Kini Digelar Raja SUV di Malaysia!

Hanya dalam tempoh 40 hari selepas dilancarkan, lebih 5,000 unit Proton X50 All-New telah berjaya diserahkan kepada pelanggan, sekaligus mengukuhkan gelaran “King of Compact SUVs” yang kini sinonim dengan model ini.

Kajian pelanggan mendapati Proton X50 mendapat sambutan luar biasa, terutamanya dalam kalangan pembeli muda, golongan profesional, usahawan dan eksekutif yang berusia antara 20 hingga 35 tahun. Lebih separuh daripada mereka membeli X50 sebagai kereta pengganti, manakala satu daripada tiga pemilik beralih daripada model popular seperti Myvi, Bezza dan Saga.

Model ini juga menarik minat pembeli berkeluarga dalam lingkungan usia 40-an hingga 50-an yang mencari kenderaan kedua serba praktikal untuk kegunaan harian. Gabungan reka bentuk elegan dan praktikal menjadikan X50 pilihan sesuai untuk pelbagai lapisan pengguna.

Dalam pasaran yang semakin kompetitif, pembeli menekankan dua faktor utama iaitu harga yang berpatutan dan prestasi yang meyakinkan. Enjin 1.5TD berprestasi tinggi menjadi tumpuan utama kerana pecutan lancar dan kuasa responsif yang ditawarkannya. Reka bentuk luaran pula menyerlah dengan gaya sporty dan moden, manakala bahagian dalaman tampil lebih praktikal serta selesa.

Ciri-ciri seperti skrin infotainmen 14.6 inci dan kini dilengkapi pengecaman suara dalam Bahasa Melayu serta Inggeris, menjadi antara sebab utama pemilik X50 berasa puas hati. Sistem kamera 360° HD dengan paparan lut sinar 180° turut mendapat pujian kerana membantu pemandu memarkir dan mengemudi laluan sempit dengan mudah.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa daripada pemilik X50. Maklum balas positif ini membuktikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Proton, dan menjadi dorongan untuk kami terus menetapkan standard baharu dalam setiap segmen,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Dengan jualan yang terus meningkat, Proton komited memperkukuh pengalaman pemilikan melalui inisiatif selepas jualan, kolaborasi strategik dan penglibatan komuniti.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD