Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) yang bermula 1 Oktober lalu menunjukkan saman kerana halang lalu lintas masih menjadi kesalahan paling tinggi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Beliau menjelaskan, kesalahan kedua tertinggi pula ialah mengabaikan isyarat lampu lalu lintas, daripada 81,800 saman yang dikeluarkan setakat semalam. Saman ini sebahagiannya hasil daripada tempoh advokasi, bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar patuh undang-undang termasuk peraturan kecil di jalan raya.
“Jumlah saman sebanyak ini memang membimbangkan. Kalau tidak diambil tindakan, kita risau dalam tiga hingga enam bulan akan datang, angka saman akan terus meningkat. Semua masyarakat Kuala Lumpur, termasuk pelawat dari luar, kena mula patuh undang-undang jalan raya sekarang, walaupun peraturan nampak kecil,” katanya.
Beliau menambah, angka tinggi ini menunjukkan tahap pematuhan pengguna masih rendah walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan. Antara kesalahan lain yang dikesan termasuk:
Tidak guna jejantas: 1,042 kes
Nombor plat kabur atau ‘fancy’: 1,000 kes
Berhenti melebihi garisan putih: 575 kes
Tidak berhenti di lampu isyarat merah: 541 kes
Penunggang motosikal tak pakai atau tak ikat topi keledar dengan betul: 296 kes
Guna telefon bimbit semasa memandu: 395 kes
Sumber : KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?