Diskaun Saman 50%, JPJ Beri Peluang Terakhir Sebelum Tahun Baru

Diskaun Saman 50%, JPJ Beri Peluang Terakhir Sebelum Tahun Baru

Mulai 1 November hingga 30 Disember 2025, pengguna jalan raya diberi peluang selesaikan saman JPJ dengan diskaun 50%. Tawaran ini diumumkan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, yang menggesa orang ramai supaya rebut peluang dua bulan ni sebelum diskaun tamat.

Diskaun ni melibatkan semua jenis saman, kecuali saman yang tak boleh dikompaun — termasuk saman AwAS, Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).
Bayaran boleh dibuat di kaunter JPJ atau melalui saluran pembayaran rasmi yang disediakan.

“Gunakan tempoh dua bulan ini untuk jelaskan saman masing-masing sebab mulai 1 Januari 2026, tiada lagi diskaun akan diberikan — sama ada untuk saman JPJ mahupun saman PDRM,” katanya.

Dalam masa sama, JPJ juga melaksanakan Op Perang Lebih Muatan dari 14 Oktober hingga 31 Disember 2025 bagi membanteras lori atau kenderaan perdagangan yang bawa muatan berlebihan.
Setakat ni, 27,300 kenderaan diperiksa dan 1,017 daripadanya dikesan bawa muatan lebih had.
Sebanyak 1,696 saman dikeluarkan, manakala 96 lori turut disita.

Kata Aedy Fadly lagi, operasi ini fokus kepada kenderaan yang bawa batu, kerikil, besi dan muatan berat lain, terutama di kawasan kuari dan kilang besi.

JPJ katanya akan terus perketatkan penguatkuasaan untuk pastikan keselamatan jalan raya, elak kerosakan infrastruktur awam, dan kekalkan pematuhan undang-undang dalam industri pengangkutan.

Sumber: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD