NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Beberapa Jambatan Di Gua Musang Dinaiki Air Hingga Tenggelam

Beberapa Jambatan Di Gua Musang Dinaiki Air Hingga Tenggelam

Beberapa laluan utama di Gua Musang pagi tadi dilaporkan tenggelam selepas hujan lebat berterusan, menyebabkan penduduk di beberapa kawasan berdepan gangguan pergerakan.

Jalan masuk ke FELDA Perasu antara yang terjejas apabila ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter sejak jam 8.30 pagi. Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, kira-kira 100 meter laluan itu tidak boleh dilalui semua kenderaan dan papan tanda amaran telah dipasang.

“Penduduk FELDA Perasu boleh menggunakan laluan alternatif melalui simpang FELDA Chiku buat sementara waktu,” maklum JKR dalam kenyataan ringkas.

Dalam masa sama, lebih 200 penduduk di Batu 11, Kampung Serian kembali terputus hubungan selepas jambatan utama ke kawasan itu tenggelam akibat limpahan Sungai Galas sejak jam 7 pagi. Seorang penduduk, Muhamad Rofi Ismail, 58, berkata mereka memantau paras air secara berkala dan bersedia berpindah jika keadaan bertambah buruk.

Tinjauan turut mendapati air naik di beberapa kawasan rendah dan laluan kampung sekitar pedalaman daerah, termasuk Kampung Batu 2, Batu 5, Batu 6, Kampung Serian, FELDA Perasu serta Kampung Limau Kasturi, berikutan hujan yang masih belum berhenti.

Sumber: Berita Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy