Tindakan berani seorang pemilik Toyota Vellfire yang menggunakan nombor pendaftaran Perodua Kancil bagi mengelak memperbaharui insurans dan LKM tetapi akhirnya tidak ke mana apabila JPJ Melaka berjaya menahannya pada Isnin.
Menurut Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop, pihak penguat kuasa mula mengekori kenderaan mewah itu selepas melihat nombor pendaftaran yang sangat mencurigakan sebelum ditahan sekitar jam 4 petang di Jalan Tun Mutahir.
Hasil semakan, plat yang digunakan sebenarnya berdaftar untuk sebuah Kancil dan bukan Vellfire yang dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun itu. Lebih parah, kenderaan tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans sah dan LKM pula sudah lama tamat tempoh.
Susulan itu, JPJ terus menyita kenderaan terbabit dan mengeluarkan tiga saman kepada pemandu serta pemiliknya.
Difahamkan, LKM Vellfire tersebut telah tamat sejak Januari 2025, dan sejak itu mereka menggunakan plat Kancil untuk elak kos pembaharuan. Anggaran kos menghidupkan semula LKM adalah sekitar RM1,000, manakala insurans pula tidak diketahui. Rekod juga menunjukkan Vellfire itu didaftarkan bawah sebuah syarikat swasta yang kini sudah tidak beroperasi.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?