NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Maut Dalam Rempuhan 3 Kenderaan Berat Di Lebuhraya

Dua Maut Dalam Rempuhan 3 Kenderaan Berat Di Lebuhraya

Dua lelaki, pemandu lori dan kelindan berusia 23 dan 24 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua treler dan sebuah lori di Kilometer 129.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi apabila sebuah treler yang dalam perjalanan ke Johor Bahru dirempuh dari belakang oleh treler kedua sehingga kenderaan itu terbabas ke kiri jalan.

“Pada masa sama, lori yang dipandu mangsa berusia 23 tahun yang berada di laluan sama gagal mengelak lalu menghentam bahagian belakang treler itu sebelum turut terbabas ke longkang,” katanya.

Impak kuat rempuhan menyebabkan pemandu dan kelindan lori tersepit dalam kabin. Mereka berjaya dikeluarkan anggota bomba namun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Pemandu treler kedua hanya cedera ringan dan dirawat di Klinik Kesihatan Yong Peng, manakala pemandu treler pertama tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: KOSMO!

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy