SUNGAI PELEK – Dua murid cedera parah dalam satu kemalangan yang melibatkan pertembungan antara sebuah kereta dan motosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rawang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 7.03 pagi.
Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dan sebuah motosikal Yamaha Sport.
“Terdapat dua murid sekolah terlibat iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami patah kaki serta kecederaan di muka.
“Kedua-duanya merupakan adik-beradik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mangsa yang tidak sedarkan diri diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Manakala mangsa yang mengalami patah kaki dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan,” ujarnya.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?