NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Panduan Memilih Penerbangan Domestik Terbaik Untuk Percutian Anda

Panduan Memilih Penerbangan Domestik Terbaik Untuk Percutian Anda

Memilih syarikat penerbangan untuk destinasi domestik, terutamanya antara Semenanjung dan Borneo, sering kali menjadi dilema buat pengembara. 

Adakah anda mahukan harga paling murah, atau keselesaan yang premium?

Jadi, untuk membantu anda membuat pilihan, di sini kami berikan panduan memilih penerbangan domestik terbaik untuk percutian anda.

Perbandingan ini diambil berdasarkan pengalaman pengguna dan prestasi semasa, berikut adalah perbandingan menyeluruh antara tiga ikon langit Malaysia, AirAsia, Batik Air, dan Malaysia Airlines (MAS).

1. AirAsia: Raja Tambang Murah

AirAsia kekal sebagai pilihan utama bagi mereka yang mementingkan bajet. Namun, mutakhir ini, kualiti keselesaan dilihat semakin merosot.

Kelebihan: Harga tiket sangat kompetitif. Makanan on-board mereka diakui sedap dan murah, namun wajib ditempah awal (pre-order). Jika beli secara terus di atas pesawat, harganya lebih mahal dan stok cepat habis.

Kekurangan: Ruang tempat duduk yang sempit dan agak keras. Isu utama AirAsia adalah pengurusan masa yang ‘hauk’—kerap delay dan melakukan reschedule tanpa notis awal. Ramai penumpang hanya mendapat tahu jadual berubah setibanya di lapangan terbang. Selain itu, pendaratan (landing) AirAsia sering dirasakan agak kasar (rough).

Nota Penting: Di KLIA, AirAsia beroperasi di Terminal 2 yang memerlukan anda berjalan jauh dan melalui pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat.

2. Batik Air: Pesaing Sengit dengan Keselesaan Luar Biasa

Batik Air kini menjadi pilihan “tengah-tengah” yang sangat menarik. Mereka menawarkan keselesaan yang kadangkala mengatasi harganya.

Kelebihan: Tahap keselesaan adalah top-notch. Tempat duduk kelas ekonomi mereka sangat selesa. 

Menariknya, harga Batik Air sangat kompetitif dan mempunyai pelbagai variasi bajet melalui tiga kategori: Economy, Economy Plus, dan Economy Flexi. Untuk Economy Flexi, anda mendapat bagasi 25kg, makanan percuma, dan priority boarding

Kelebihan paling ketara adalah ketepatan masa (on-time) dan kelajuan pesawat yang sering sampai lebih awal.

Kekurangan: Servis kru (hospitality) adalah ibarat ‘Russian Roulette’, kadangkala sangat baik, kadangkala tidak konsisten. Makanan on-board adalah yang termahal antara ketiga-tiga syarikat ini (air bermula RM10, makanan RM20) dengan porsi yang kecil. 

Selain itu, sistem pendingin hawa ketika mula menaiki pesawat (boarding) sering terasa panas dan tidak mesra bagi mereka yang ada masalah claustrophobic.

3. Malaysia Airlines (MAS): Pengalaman Premium Tanpa Keraguan

Sebagai syarikat penerbangan nasional, MAS kekal sebagai penanda aras bagi servis dan kualiti.

Kelebihan: Hospitality yang terbaik walaupun anda sekadar penumpang ekonomi. Harga tiket sudah termasuk semua (all-in): set makanan lengkap, bagasi, dan hand-carry

Dari segi hiburan, MAS menang besar dengan pilihan filem dan in-flight WiFi. Paling penting, pendaratan MAS adalah yang paling lancar (smooth landing).

Kekurangan: Isu utama adalah harga. Tiket domestik jarang jatuh bawah RM400, menjadikannya pilihan yang agak mahal untuk perjalanan santai. 

Selain itu, terdapat juga kemungkinan risiko penerbangan dibatalkan dalam saat akhir.

Mana Satu Yang Patut Anda Pilih?

Setiap syarikat penerbangan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Berdasarkan maklum balas pengguna, berikut adalah ranking keseluruhan. 

  1. MAS (Ranking 1): Terbaik untuk mereka yang mementingkan ketenangan fikiran, keselesaan penuh, dan servis profesional tanpa memikirkan soal bajet.
  2. Batik Air (Ranking 2): Pilihan paling berbaloi (value for money). Sesuai untuk anda yang mahukan tempat duduk selesa dan sampai cepat ke destinasi dengan harga yang masih masuk akal.
  3. AirAsia (Ranking 3): Tetap menjadi pilihan untuk pengembara bajet tegar yang tidak kisah dengan ruang sempit atau risiko delay, asalkan sampai ke destinasi dengan kos paling rendah.

Sebelum menempah, pastikan anda menyemak semula keperluan bagasi dan masa perjalanan anda. Selamat terbang!

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD