NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

JPJ Terima Pelekat RFID Khas Untuk Pengecualian Tol Kenderaan Penguatkuasa

JPJ Terima Pelekat RFID Khas Untuk Pengecualian Tol Kenderaan Penguatkuasa

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Bahagian Penguatkuasa semalam menerima pelekat RFID khas yang memberi pengecualian bayaran tol bagi kenderaan rasmi penguatkuasa. Majlis penyerahan diadakan di Lobi Blok A, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 3.30 petang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Penguatkuasa, YBrs. Tuan Muhammad Kifli bin Ma Hassan bersama pegawai kanan bahagian iaitu Tuan Adli Azmi bin Ahmat, Tuan Wan Syalkhan bin Wan Ahamed dan Tuan Mohd Syamir bin Mohammad Yusoff. Turut hadir ialah wakil daripada LLM, Touch ‘n Go (TnG) serta Kementerian Kerja Raya (KKR).

Acara dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) LLM, YBrs. Ir. Mohd Hadezir bin Yusoff. Majlis kemudian menyaksikan penyerahan simbolik serta pemasangan pelekat RFID pada tiga kenderaan rasmi JPJ yang dilaksanakan bersama oleh pihak LLM, TnG, KKR dan JPJ.

Melalui inisiatif ini, semua kenderaan rasmi JPJ yang dipasang pelekat RFID khas pada bahagian kiri dan kanan kenderaan serta dilengkapi dengan lampu amaran biru berkelip semasa menjalankan tugas penguatkuasaan akan menikmati pengecualian tol di seluruh lebuh raya konsesi. – FB JPJ Malaysia

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy