Petrol

Kerajaan Masih Tanggung Perbelanjaan Subsidi Diesel – Rafizi

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor yang layak. “Walaupun harga diesel diapungkan, masih ada sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan, pengangkutan awam serta industri logistik,” kata beliau dalam episod ke-6 Audio Siar Yang Bakar Menteri (YBM). Subsidi diesel yang […]

Pengeluaran Kereta Petrol di Thailand Merosot, Pembeli Lebih Memilih EV

Industri automotif Thailand bernilai $53 bilion sedang menghadapi cabaran serius apabila pengguna tempatan bergelut untuk membeli kereta kerana masalah hutang, dan pembeli luar negara semakin memilih kenderaan elektrik (EV) berbanding model tradisional, menurut laporan Reuters. Sebagai pengeluar kereta terbesar di Asia Tenggara, Thailand terpaksa mengurangkan pengeluaran dan memotong pekerjaan. Kerajaan kini campur tangan untuk membantu. […]

Perincian Subsidi RON95 & Pengenalan Semula GST Dijangka Umum dalam Belanjawan 2025 – RHB IB

RHB Bank Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan perincian subsidi petrol bagi RON95 dan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan diumumkan dalam Belanjawan 2025, menurut laporan Bernama. Menurut Penganalisis RHB IB, Alexander Chia, kestabilan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat teguh sejak pilihan raya umum ke-15 diadakan […]

Pengenalan Semula GST Sebagai Alternatif Pemotongan Subsidi Petrol RON95 – Tiada Perbincangan

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, telah menafikan khabar angin bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Fahmi menjelaskan bahawa tiada perbincangan mengenai pengenalan semula GST sebagai gantian kepada pemotongan subsidi untuk petrol RON95. “Tiada perbincangan sedemikian,” kata Fahmi selepas raptai Hari Kebangsaan semalam. Baru-baru ini, Bloomberg melaporkan bahawa Kabinet telah […]

Harga Diesel Terkini: RM3.30 Seliter Sehingga 14 Ogos, Turun 5 Sen

Kementerian Kewangan (MOF) semalam telah mengumumkan harga terkini bagi diesel di Semenanjung iaitu turun 5 sen kepada RM3.30 seliter bermula hari ini, 8 Ogos sehingga 14 Ogos. Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal iaitu RM2.15 seliter. Penurunan harga minyak ini selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. “Kerajaan akan terus memantau […]

Tiada Lagi Tarikh Pelarasan Subsidi RON95 Dalam Masa Terdekat

Kerajaan buat masa ini tidak mempertimbangkan pelarasan subsidi kepada RON95. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan bahawa tumpuan adalah untuk memastikan orang ramai memahami program subsidi diesel yang disasarkan terlebih dahulu. “Kami belum membincangkan perubahan kepada RON95. Kami akan menangani subsidi diesel terlebih dahulu untuk memberikan penjelasan yang jelas dan mengelakkan salah maklumat,” kata […]

Cubaan Menyeleweng Lebih 6,000 Liter Diesel Dipatahkan oleh KPDN

Satu serbuan telah dibuat di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam baru-baru ini di mana Kementerian Pertahanan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berjaya menghentikan cubaan menyeleweng lebih 6,130 liter diesel dan petrol. Menurut Pengarah KPDN, Muhammad Nizam Jamaludin, hasil risikan selama 2 minggu telah dibuat sebelum mereka […]

Parkir Percuma untuk EV di Bandar Bagi Menggalakkan Penggunaan EV – KPKT

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) Nga Kor Ming, kerajaan sedang mempertimbangkan parkir percuma untuk semua kenderaan elektrik (EV) di kawasan bandar bagi menggalakkan orang ramai untuk beralih kepada EV. Ini susulan dengan pengenalan plat hijau yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk EV. “Buat masa ini kami sedang mengkaji kemungkinan untuk memberikan pengecualian […]

Penyelewengan Diesel Berkurang, RON95 Meningkat

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merekodkan sebanyak 46 kes dengan nilai rampasan 14,011 liter petrol RON95 selepas 20 hari penyasaran subsidi diesel dimulakan pada bulan lepas. Menurut Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali, berbanding dengan sebelum penyasaran subsidi diesel dijalankan, hanya sebanyak 37 kes dengan rampasan 17,064 liter petrol RON95 […]

Kajian Menunjukkan Hampir Separuh Pemilik EV di AS Ingin Bertukar Kembali pada Petrol & Diesel

Satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat tentang penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan 46% pemilik EV di AS ingin bertukar kembali kepada kenderaan ICE. Memetik dari laporan motor1, kajian McKinsey & Co.’s 2024 juga menunjukkan sebanyak 29% pengguna EV ingin bertukar semula kepada kenderaan petrol dan diesel.  Difahamkan antara sebab utama mereka ingin bertukar semula […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD