Tol

LLM Nafi Dakwaan Motosikal Akan Dikenakan Tol Mulai Oktober – Berita Palsu

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan bahawa penunggang motosikal akan terus dikecualikan daripada membayar tol. Penjelasan ini dibuat selepas satu hantaran media sosial pada 9 Ogos 2025 mendakwa penunggang motosikal akan mula dikenakan tol bermula Oktober. Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, LLM memaklumkan tiada sebarang perubahan pada dasar tol sedia ada, termasuk pengecualian untuk motosikal. […]

PLUS Bakal Mula Ujian Perintis Sistem Pembayaran Tol Tanpa Palang Guna ANPR Bermula Oktober

Malaysia kini semakin hampir ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa palang, atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF), yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2027. Sebagai persediaan, pihak PLUS Malaysia akan memulakan ujian perintis untuk sistem Automatic Number Plate Recognition (ANPR) bermula Oktober ini. Fasa percubaan akan dimulakan di bahagian Utara lebuh raya, melibatkan laluan antara Plaza […]

Sistem Kutipan Tol Tanpa Palang Dijangka Mula pada Tahun 2027 – KKR

Malaysia dijangka mula menggunakan sistem kutipan tol tanpa palang atau Multi-Lane Free Flow (MLFF) seawal tahun 2027, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim. Dalam prosiding bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 20 Mei, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan sistem MLFF masih menunggu kelulusan Jemaah Menteri. Tanpa kelulusan rasmi, kerajaan tidak boleh […]

Kenaikan Kadar Tol hingga 83% Mungkin Dikenakan Jika Kerajaan Tidak Tangguh – Nanta

Sekiranya kerajaan tidak menangguhkan kenaikan kadar tol, pengguna kereta persendirian akan berdepan kenaikan antara 79% hingga 83% di 10 lebuh raya seluruh negara, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau menjelaskan kadar tol tersebut sepatutnya meningkat antara RM0.50 hingga RM4.56 bagi kenderaan Kelas 1 (kereta persendirian), yang boleh mencecah sekitar RM136 sebulan […]

Kenaikan Kadar Tol di 10 Lebuhraya Ditangguhkan – PM Anwar

Selain penurunan harga petrol RON95, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya yang dijadualkan berlaku tahun ini akan ditangguhkan. Kenaikan ini sepatutnya dilaksanakan mengikut perjanjian lama antara syarikat konsesi lebuh raya dengan kerajaan terdahulu. Dalam pengumuman khas yang disiarkan di televisyen nasional dan media sosial beliau […]

Lebuhraya LKSA, SILK, DASH dan SUKE Kini Boleh Guna Kad Debit dan Kredit

Pemandu kini boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk membayar tol di empat lagi lebuh raya iaitu LKSA, SILK, DASH, dan SUKE. Ini bermakna semua enam lebuh raya di bawah pengurusan Prolintas kini menyokong sistem pembayaran terbuka, dengan jumlah keseluruhan 36 lorong menggunakan kaedah ini. Pengarah eksekutif Prolintas, Mohamad Idros Mosin, berkata langkah ini bertujuan […]

Tol Lebih Murah Sempena Raya Aidilfitri: Diskaun 50% Selama Dua Hari

Kerajaan akan memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena perayaan Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun ini akan bermula pada 28 Mac jam 12.01 tengah malam hingga 29 Mac jam 11.59 malam. Siapa Yang Dapat Diskaun Ini? Diskaun ini hanya untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di […]

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina untuk Kenderaan Persendirian Sahaja

PLUS Malaysia Berhad telah mengumumkan tawaran diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Diskaun ini bagaimanapun hanya diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian atau Kelas 1. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi akaun media sosial PLUS, tawaran ini bermula dari jam 12:01 tengah malam, 27 Januari (Isnin) sehingga 11:59 malam, 28 […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD