passionately driven

Kerja Penyelenggaraan di Lebuhraya PLUS – Penutupan Jalan dari Simpang Pulai ke Gopeng

PLUS Malaysia telah mengumumkan penutupan jalan di Lebuhraya Utara-Selatan bermula dari Simpang Pulai ke Gopeng (arah Selatan) dari 19 Februari dan dijangka sehingga 8 Mac untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Ini adalah fasa kedua penutupan jalan di lebuhraya ini, diikuti dengan sebelum ini iaitu dari 22 Januari sehingga 7 Februari arah selatan dari KM291.4 hingga KM296.4.

Penutupan jalan akan dimulakan satu-persatu dan kerja penyelenggaraan akan dijalankan bermula hari Isnin hingga Jumaat. Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda sebaiknya, lebih-lebih lagi yang menggunakan laluan Simpang Pulai ke Gopeng ini.

Untuk maklumat dan update perjalanan di lebuhraya, anda boleh gunakan aplikasi PLUS. Sebarang pertanyaan atau kekeliruan, anda boleh hubungi PLUSLine di 1-800-88-0000 untuk perkembangan terkini trafik di lebuhraya dan sekiranya anda memerlukan bantuan di lebuhraya.

 

Sumber : Paultan 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD