Kia EV9 berjaya meraih dua anugerah di majlis World Car Awards 2024 di New York Auto Show iaitu World Car of The Year dan World Electric Vehicle untuk tahun 2024.
Ia telah dipilih oleh 100 panel wartawan automotif terkemuka dari 29 negara dan Kia EV9 telah diiktiraf oleh reka bentuk inovatifnya, ruang dalaman tujuh tempat duduk yang luas, dan harganya yang mampu milik. Dibina atas platform E-GMP, EV9 adalah Kia pertama yang menggunakan teknologi bateri generasi keempat untuk meningkatkan prestasinya.
Pada tahun-tahun sebelumnya, Kia juga telah meraih 3 anugerah di majlis World Car Awards iaitu menerusi model Telluride sebagai World Car of The Year, Soul EV sebagai World Urban Car 2020 dan Kia EV6 GT sebagai World Performance Car of The Year pada tahun 2023.
Dua kemenangan EV9 di World Car Awards adalah bukti kepada pencapaiannya yang mengagumkan. Sejak debutnya sebagai SUV EV tiga baris pertama Kia, ia telah mendapat beberapa anugerah, termasuk memenangi kategori ‘Family Cars’ di Golden Steering Wheel Awards, North American Utility Vehicle of the Year 2024 dan ‘Best Premium SUV’ di Newsweek Autos Awards 2023.
Bagi pasaran Malaysia, pelanggan yang berminat kini boleh membuat tempahan awal untuk kenderaan tersebut di bilik pameran Kia terdekat anda.