NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Insiden Pokok Tumbang di Jalan Sultan Ismail – Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera

Insiden Pokok Tumbang di Jalan Sultan Ismail – Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera

Sebuah insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah mengakibatkan seorang lelaki berusia 47 tahun maut dan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, M Fatta M Amin, dua mangsa terbabit didapati tersepit dalam kenderaan masing-masing dan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi yang cedera terus menerima rawatan di lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, 17 buah kenderaan lain telah dilaporkan rosak akibat dari insiden pokok tumbang tersebut dan laluan monorel berdekatan turut terhalang oleh dahan pokok tumbang tersebut.

Bukan itu sahaja, fasiliti awam di kawasan itu seperti perhentian bas juga dilaporkan mengalami kerosakan akibat dari insiden terbabit.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian.

“Keluaran pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat,” tambahnya.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy