Menurut laporan kami sebelum ini, Warga Singapura berada di kedudukan teratas dengan 35,011 saman, bernilai RM3.5 juta yang masih belum dibayar di Malaysia sejak tahun 1990 sehingga Jun 2024. Disebabkan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap semua penunggang motosikal dari Singapura yang mempunyai saman trafik tertunggak di Malaysia mulai 1 Januari 2025 nanti.
Memetik dari laporan The Straits Times, sistem permit masuk kenderaan (VEP) akan mula dilaksanakan pada 1 Oktober tahun ini. VEP berfungsi seperti “kad pengenalan” bagi kenderaan yang memasuki Malaysia dan akan membolehkan pihak berkuasa mengesan kesalahan trafik.
Warga Singapura yang memasuki dua pusat pemeriksaan di Johor iaitu di kompleks Sultan Iskandar melalui Tambak Johor serta kompleks Sultan Abu Bakar melalui Laluan Kedua dikehendaki untuk mendapatkan VEP. Tanpa VEP, mereka boleh dilarang masuk ke Johor atau dikenakan denda sehingga RM2,000. Sistem VEP menggunakan tag RFID yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan berharga RM10 setiap satu.
Penyelesaian saman trafik tertunggak boleh dilakukan melalui MyBayar PDRM atau MyEG, dan warga asing boleh menggunakan nombor pasport mereka untuk membuat akaun di portal-portal ini. Seorang jurucakap JPJ berkata bahawa selepas sistem VEP dikuatkuasakan mulai 1 Oktober, semua pemandu kenderaan asing harus menyelesaikan saman mereka sebelum meninggalkan Malaysia.
Penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berperingkat, di mana antara 1 Oktober hingga 31 Disember, kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak masih dibenarkan masuk dan keluar dari Malaysia. Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2025, penguatkuasaan sepenuhnya akan dilaksanakan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?