NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

JPJ Tambah Baik Perkhidmatan di Kaunter JPJ Malaysia Menerusi 4 Perkara

JPJ Tambah Baik Perkhidmatan di Kaunter JPJ Malaysia Menerusi 4 Perkara

Susulan dengan lawatan mengejut dari Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar ke kaunter JPJ di Galeria, Putrajaya pada awal bulan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sudah mengenal pasti 4 cara untuk menambah baik kualiti dan servis perkhidmatan mereka di kaunter JPJ seluruh Malaysia untuk mengelakkan waktu menunggu yang lama dan mengurangkan kesesakan pelanggan.

4 perkara tersebut adalah:

1. Menyediakan pegawai pemudahcara (JPJ Assist) bagi membantu pelanggan dalam urus niaga yang boleh dibuat secara online. Sekiranya urus niaga boleh dibuat secara online, pelanggan tidak perlu mengambil nombor giliran untuk berurusan di kaunter.

2. Menggalakkan pelanggan untuk membuat urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara online melalui aplikasi MyJPJ atau portal mySIKAP.

3. Tambah baik sistem JPJeQ supaya pelanggan boleh mengambil nombor giliran di mana-mana sahaja menerusi imbasan kod QR dan akan menerima notifikasi status nombor giliran secara terus melalui telefon pintar.

4. Melaksanakan pindaan pada Standard Operating Procedure (SOP) bagi urus niaga yang melibatkan dokumen/borang fizikal dan digantikan dengan e-dokumen/e-borang supaya pelanggan boleh menyediakan dengan lebih awal sebelum berurusan di kaunter JPJ.

“JPJ berharap bahawa penambahbaikan yang akan dilakukan itu boleh mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu di kanter JPJ, sekaligus memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan,” menurut kenyataan rasmi dari  Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly bin Ramli di laman Facebook rasmi JPJ Negeri Selangor.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy