Menjelang pelancaran rasmi Proton e.MAS7 yang dikhabarkan akan dilancarkan pada Disember ini, EON, selaku pengedar terbesar Proton di Malaysia telah membuka tempahan untuk model ini di laman web rasmi mereka.
10 pusat pengedar telah diuruskan oleh EON dengan 2 pusat pengedar akan disenaraikan sebagai pengedar rasmi Proton e.MAS iaitu di Glenmarie dan Damansara, berdasarkan borang pendaftaran minat di laman web rasmi Proton e.MAS.
EON juga telah menetapkan wang tempahan sebanyak RM500 sahaja diperlukan untuk pelanggan membuat tempahan bagi model ini menerusi laman web mereka. Menurut laporan soyacincau, masih tidak pasti lagi sama ada wang tempahan tersebut akan dikembalikan kepada pelanggan atau sebaliknya jika pelanggan membatalkan tempahan.
Adakah anda berminat untuk membuat tempahan sebelum mengetahui harga rasmi dan spesifikasi penuh? Jika berminat, anda boleh membuat tempahan di sini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?