NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada September 2024 Menurun 20 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada September 2024 Menurun 20 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 58,032 kenderaan telah dijual pada bulan September 2024, menurun berbanding 71,162 unit pada bulan Ogos.

Berbanding dengan September 2023, jualan kenderaan pada September 2024 menurun sebanyak 19.8% iaitu sebanyak 68,174 unit. Untuk sembilan bulan pertama tahun 2024, jumlah jualan kenderaan mencapai 594,037 unit, 4% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 571,957 unit penghantaran.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 55,383 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada September 2024, 9% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 69,133 unit. Manakala untuk YTD pula, merekodkan sebanyak 593,050 unit untuk tahun 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

MAA kini mengharapkan jualan untuk bulan Oktober 2024 meningkat dan lebih tinggi dari yang direkodkan pada bulan September.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy