NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Isuzu D-Max Low-Ride 4×2 MT Dilancarkan di Malaysia – Varian Baru, Harga Bermula RM92k

Isuzu D-Max Low-Ride 4×2 MT Dilancarkan di Malaysia – Varian Baru, Harga Bermula RM92k

Isuzu Malaysia kini telah melancarkan secara rasmi varian baru untuk model pikap trak mereka, Isuzu D-Max Low-Ride 4×2 MT, selepas tempahannya dibuka pada Januari lalu. Varian ini diperkenalkan khususnya untuk pemilik perniagaan dengan harga mampu milik pada harga bermula RM92,199 di Semenanjung Malaysia, RM94,279.60 di Sabah dan RM94,170.30 di Sarawak.

Berdasarkan model Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab, varian ini menampilkan beberapa peningkatan kecil dan dilengkapi dengan enjin turbodiesel 1.9-liter RZ4E-TC bersama transmisi manual enam kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 150 PS dan 350 Nm tork.

Apa yang berbeza pada varian kali ini adalah ruang kargo trak ini, yang hanya 78 cm dari paras tanah, memudahkan proses pemuatan dan pemunggahan barang. Selain urusan muat naik dan pemunggahan barangan yang lebih senang, capaian di bahagian bukaan ruangnya juga lebih baik, memudahkan petugas untuk mengambil barang dari ruang kargo yang luas dan mampu menampung beban seberat 930 kg.

Kabinnya yang luas mampu memuatkan lima orang dengan selesa, menjadikannya sesuai untuk perniagaan yang memerlukan kenderaan bagi membawa orang dan peralatan ke lokasi.

Selain itu, ia dilengkapi dengan tempat duduk fabrik, sistem Bluetooth, stereng boleh laras, kunci pusat, dan cermin pintu boleh laras secara elektronik. Ciri keselamatan juga lengkap, termasuk ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Mula Bukit (HSA), dan Kawalan Menuruni Bukit (HDC).

Trak ini turut dilengkapi dengan dua beg udara, Sistem Override Brek, Isyarat Henti Kecemasan, lampu Follow-Me Home, dan sensor undur, sekaligus meraih penarafan keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP.

Pelanggan hanya boleh mendapatkan warna Splash White untuk kedua-dua varian Low-Ride dan Single Cab, namun varian baru ini akan menggunakan bampar berwarna hitam. Low Ride juga datang dengan rim aloi 16 inci dibalut tayar 215/70 berbanding Single Cab yang menggunakan rim besi.

Jaminan 5 tahun/150,000 km akan diberikan untuk setiap pembelian bagi varian Low-Ride dan Single Cab berserta bantuan sokongan tepi jalan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD