NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Treler Alami Masalah Brek, Rempuh Perodua Aruz di Plaza Tol Perling

Treler Alami Masalah Brek, Rempuh Perodua Aruz di Plaza Tol Perling

Sebuah treler terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan di Plaza Tol Perling menghala ke Gelang Patah, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.30 petang.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila treler jenis Volvo FM12 yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dari arah Perling ke Gelang Patah mengalami kerosakan brek angin sebaik tiba di kawasan plaza tol.

Akibatnya, treler berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke lorong tol dan melanggar sebuah Perodua Aruz 1.5X yang dipandu wanita tempatan berusia 39 tahun.

Perlanggaran tersebut menyebabkan kerosakan pada pintu, pelindung lumpur dan bampar sebelah kiri kenderaan itu. Namun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan, yang memperuntukkan kompaun RM300. – Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy