Ford Ranger WildTrak Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia – 3.0L V6 Turbo Diesel, Harga Bermula RM193k

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah melancarkan Ford Ranger WildTrak Serba Baharu secara rasmi hari ini ke dalam pasaran Malaysia. Trak pikap ini dijual pada harga RM192,888 (on-the-road tanpa insurans) diSemenanjung Malaysia manakala RM198,688 (on-the-road tanpa insurans) di Sabah dan Sarawak.

Trak pikap ini didatangkan dengan enjin diesel 3.0 liter V6 turbo yang mampu menghasilkan 600 Nm tork pada 1,750 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 250 PS pada 3,250 rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan serta sistem 4WD full-time, WildTrak V6 menjanjikan pecutan responsif, tarikan yang mantap dan keyakinan penuh dalam pelbagai keadaan jalan.

6 mod pemanduan tersedia iaitu Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand. Di samping itu, 4 mod enjin lanjutan meningkatkan keupayaan serba gunanya, membolehkan kenderaan dipandu di atas jalan raya mahupun laluan lasak dengan penuh keyakinan.

Selain kuasa, WildTrak V6 turut tampil dengan sentuhan premium iaitu rim bersaiz 20 inci, lampu hadapan Matrix LED, serta e-Shifter moden. Bahagian dalaman menampilkan gaya kontemporari dengan skrin infotainmen 12 inci berbentuk potret, sistem SYNC 4A bersama wireless Apple CarPlay dan Android Auto dan wireless charging.

Sistem keselamatan juga lengkap dengan teknologi bantuan pemandu (ADAS) seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keeping System, dan Autonomous Emergency Braking, memastikan perjalanan lebih tenang dan selamat.

Ford Ranger WildTrak Serba Baharu ini datang dengan 4 jenis pilihan warna luaran iaitu Absolute Black, Arctic White, Luxe Yellow dan Meteor Grey.

Untuk tempoh terhad, pelanggan awal yang membeli akan menikmati pakej servis lanjutan 2-tahun dan menerima beg pendingin edisi terhad semasa kenderaan diserahkan. Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan dalam talian akan menerima kerusi healing eksklusif dari Ford.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD