Sebanyak 665 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat pengendali kenderaan perdagangan sejak pelaksanaan audit keselamatan jalan (JISA) tahun lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan sehingga Ogos 2025, sebanyak 11 lesen pengendali dan 12 permit kenderaan perdagangan dibatalkan selepas gagal mematuhi piawaian audit berkenaan.
Beliau turut menjelaskan, sebanyak 562 lesen pengendali digantung, selain 56 permit kenderaan turut dikenakan tindakan sama, manakala 24 amaran dikeluarkan kepada syarikat terbabit.
“Jumlah keseluruhan tindakan setakat ini adalah 665, dan kita akan terus memperhebatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terjamin,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mordi Bimol (PH–Mas Gading) di Dewan Rakyat, hari ini.
Anthony berkata, JPJ telah melaksanakan 7,228 audit JISAH di seluruh negara melibatkan pelbagai kategori operasi sehingga 31 Ogos 2025, sebagai langkah memastikan pengendali kenderaan berat mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
Katanya, setakat 30 April 2025, terdapat 48,002 syarikat pengendali kenderaan perdagangan berdaftar, bukan 300,000 seperti yang didakwa sebelum ini.
“Kekeliruan itu mungkin berpunca daripada perbezaan antara bilangan syarikat pengendali dengan jumlah keseluruhan kenderaan perdagangan berlesen, iaitu 372,586 unit bas dan lori di bawah kawal selia Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?