TEMERLOH – Dua pelajar sekolah berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 119, Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, pada malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Nazim Dzafran Mohd yang menunggang motosikal bersama pembonceng, Muhammad Hafizuddin Abdullah, sedang dalam perjalanan dari bandar Temerloh menuju ke Chenor, Maran.
Menurut beliau, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut.
“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mayat mereka dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?