KULAI – Seorang penunggang motosikal warga Singapura maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah Toyota Vellfire di Kilometer 44.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pada petang Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 petang itu, mangsa yang berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialami.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa ketika itu menunggang motosikal bersama dua lagi rakannya yang masing-masing berusia 57 dan 39 tahun dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Toyota Vellfire yang dipandu wanita warga Singapura berusia 32 tahun.
“Ketika kejadian, kenderaan di laluan kanan bergerak perlahan sebelum motosikal mangsa melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, nahas itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian, manakala dua lagi penunggang yang bersama mangsa mengalami kecederaan.
Pemandu Toyota Vellfire bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?